Gara-gara pukul isteri kedua, imam didenda RM2,000


PETALING JAYA: Seorang imam didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Temerloh selepas mengaku bersalah memukul isteri keduanya.

Tertuduh, Mhd Khusni Selamat, 45, membuat pengakuan itu di depan Majistret Tei Pei Si selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Difahamkan, mangsa sudah diceraikan dengan talak tiga selepas tertuduh mengancam untuk menjatuhkan talak sekiranya perbuatannya dilaporkan kepada polis.

Mengikut kertas pertuduhan, kejadian berlaku di Maahad Tahfiz di Felda Bukit Mendi di Bera, Pahang, pada 7.30 malam 19 April lalu.

Tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa, menurut laporan Utusan Malaysia.

Susulan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian membayar denda dan dibebaskan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rifah Izzati Abdul Mutalif meminta mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya ke atas tertuduh atas faktor kepentingan awam dan keseriusan kes. FMT

Isteri cedera dibelasah, bayi dicampak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker