‘Budak Azmin’ dijangka bertanding di Shah Alam


Ketua Penerangan Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali dijangka meletakkan anak buahnya, Dr Afif Bahardin untuk bertanding di Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Afif ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya yang merupakan Timbalan Biro Penerangan Bersatu menuruti jejak Azmin untuk menyertai Bersatu, Jun tahun lalu selepas dipecat oleh PKR.

Kemungkinan Afif untuk bertempur di kerusi P.108 yang disandang oleh Khalid Abd Samad sejak 2008 itu susulan pengedaran pek berbuka puasa atas nama bekas doktor yang pernah berkhidmat di Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Sungai Buloh itu.

Pek makanan berkenaan dengan pelekat berlogokan PN turut terpampang ungkapan tulus ikhlas daripada Bersatu Bahagian Shah Alam.

Imej pek makanan sempena Ramadan tersebut tular di media sosial dan menarik perhatian warganet sejak semalam.

Kelmarin, Afif bersama dengan Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Azmin menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak.

“Semoga dengan keberkatan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, saya mendoakan agar YAB Perdana Menteri dan pasukan yang dipimpin beliau akan terus dikurniakan kekuatan dan kecekalan yang dalam memimpin Kerajaan Perikatan Nasional dalam menjaga amanah rakyat dan bangsa,” kata Afif di Facebooknya.

Untuk rekod, Khalid, 64, yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional menang besar dengan majoriti 33,849 undi pada PRU14 mengalahkan calon BN, Datuk Azhari Shaari dan calon Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Afif, 36, juga dilihat bakal ‘diajar’ majoriti pengundi di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik dan Batu Tiga di Parlimen Shah Alam yang memberi kemenangan kepada PKR pada 2018.

Penyandang DUN Kota Anggerik, Najwan Halimi mendapat majoriti sebanyak 17,004 manakala wakil rakyat Batu Tiga, Rodziah Ismail yang juga Ketua Wanita PKR Selangor, Rodziah Ismail mengaut 15,616 undi pada PRU14. MD

Afif, Siapa Sebenarnya Yang Dangkal Dan Tidak Bertanggungjawab?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker