Tiada PM PPBM jika tiada ‘Kluster Mahkamah’ UMNO – Ahmad Jazlan


KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan jawatan Perdana Menteri yang dimiliki presiden parti itu antaranya adalah hasil daripada ‘Kluster Mahkamah’ UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mendakwa ‘kluster’ itu juga tidak meletakkan sebarang syarat ketika runtuhnya kerajaan sebelum ini.

“Saya amat yakin, sekiranya yang dilabel sebagai ‘Kluster Mahkamah’ ini adalah orang lain, pastinya syarat untuk menyokong adalah dengan mengugurkan kes-kes mereka, namun tidak kepada individu yang dimaksudkan dan dilabel kluster berkenaan.

“Ingatkah kita, selepas 9 Mei 2018, berapa banyak kes yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi membebaskan puak-puak mereka?



“Tetapi, tidak pada pemimpin UMNO, kita tidak meletakkan sebarang syarat mahupun meminta untuk menggugurkan kes-kes yang sedang berlangsung, malah mereka memilih untuk berjuang menegakkan kebenaran,” dakwanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman dilaporkan melabel ‘Kluster Mahkamah UMNO’ sebagai binatang politik yang mempergunakan ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi.

“‘Kluster Mahkamah’ ialah sekelompok binatang politik (biasanya berumur) yang sudah terlalu lama menjadi warlord dalam arena politik negara,” kata Faiz dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan mengingatkan Faiz agar lebih matang dalam politik dan tidak perlu membodek secara membuta tuli.



“Kelak ia akan membinasakan diri anda sendiri. Kita juga wajar bersifat rasional dengan tidak menuduh sembarangan mana-mana pihak yang sedang melalui proses keadilan di mahkamah,” tegasnya.

Katanya lagi, kelompok yang wajar dilabel Faiz sebagaimana ungkapan yang digunakan olehnya adalah pimpinan di bawah ‘Kluster Darurat’.

“Terdapat 195 negara di dunia ini, hanya negara kita sahaja yang masih darurat, Indonesia hanya mengisytiharkan kecemasan kesihatan di awal pandemik COVID-19 iaitu tahun 2020 bukannya sekarang.

“Jadi, yang lebih layak menerima gelaran yang diungkap oleh Faiz adalah ‘Kluster Darurat’ yang pengecut dan takut akan menerima realiti, mentadbir negara dengan berselindung dengan alasan darurat. Tidak malukah kita dengan negara-negara luar? Di mana maruah dan kedaulatan negara?” soalnya.



Sementara itu, Ahmad Jazlan turut mendakwa: “Saya juga bersimpati dengan menteri daripada UMNO yang menjaga vaksin, di mata pemimpin Bersatu mereka mengatakan UMNO diberi tanggungjawab sebagai perwira, tetapi vaksin dilambatkan.

“Nanti menteri UMNO yang akan menjadi mangsa keadaan dengan alasan mereka tidak cekap menguruskan vaksin buat rakyat,” katanya.

Tambah Ahmad Jazlan, Faiz seharusnya menasihatkan pemimpin partinya agar lebih jantan, berani dan telus. Awani

Jazlan: Umno berkorban sokong parti ‘kerdil’ untuk halang DAP berkuasa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker