Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula

KUALA LUMPUR – Projek kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang terbengkalai sebelum ini akan diteruskan semula.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.

“Projek PR1MA tak perlu ditutup memandangkan rumah tersebut dibina di tempat yang strategik.

“Mungkin ada dua kes yang dilihat tidak bagus, tapi ia tidak melibatkan keseluruhan PR1MA.

“Sebagai contoh di Brickfields, projek tersebut memenuhi matlamat dan mendapat permintaan tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad.

Hendak buktikan majoriti di Parlimen pun tak mampu, apatah lagi hendak PRU – Shahril

Tambahnya, sehingga Mac 2021, 23101 unit telah berjaya disiapkan dengan lebih 50 peratus daripadanya terjual.

Sementara itu pada majlis yang sama, Ahli Parlimen Arau itu menasihatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengeluarkan komen positif bagi menarik pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

Katanya, komen yang bersifat negatif tidak akan membantu dalam menaikkan ekonomi negara yang terkesan akibat Covid-19.

“Saya minta Najib supaya beri pandangan positif kepada kerajaan dan ambil daya usaha tarik pelabur.

“Kita mesti nampakkan kestabilan politik jadi dengan cara tersebut pelabur luar akan masuk melabur di Malaysia, ” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker