Tidak Kekok Cium Kaki Dalam Telefilem, Lakonan Ellie Suriati Buat Netizen Tergamam


Sebuah video yang memaparkan babak dalam telefilem Ayat Dari Langit telah menjadi bualan netizen. Mana tidaknya, babak yang memaparkan Ellie Suriati menjirus air lalu mencium kaki lelaki membuatkan ramai terkejut dengan adegan tersebut.

Video tersebut dikongsikan oleh bambam_studios di akaun Instagramnya. Dapat dilihat dalam video tersebut, lakonan Ellie memang kelihatan ‘real’ dan beliau tidak kekok melakonkan wataknya.

View this post on Instagram



A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut kerana Ellie sanggup melakukan adegan tersebut dan ada juga yang risau apabila babak seperti ini muncul di kaca TV.



Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berasa takut untuk menonton telefilem ini terutama sekali ketika bulan Ramadan ini. Malah, kesanggupan Ellie mencium kaki membuatkan ramai tertanya-tanya kaki siapakah diciumnya dan terfikir reaksi suami Ellie apabila melihat babak tersebut. Apakah pendapat anda akan hal ini?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker