Resepi Nasi Ayam Hainan Rahsia Suami Berbuka Di Rumah

Sebenarnya sudah lama saya ingin cuba memasak Nasi Ayam Hainan walaupun ianya bukan lah Nasi Ayam kegemaran saya. Tapi semangat nak mencuba sendiri sangat membara walaupun terpaksa menangguhkannya dari masa ke semasa sehingga lah pada hari ini, bila terbaca posting rakan fb saya TeeaRa Yatie yang memasak Nasi Ayam Hainan.

Resepi inipun dah lama tersimpan, saya google dari blog masakan dari Singapura rasanya. Saya pun dah lupa sumbernya. Resepi ini dah saya translate ke BM untuk memudahkan rujukan. Hari ini sebaik sampai sahaja di rumah, saya terus masuk ke dapur. Kebetulan hari ini, hari pertama Aween balik dengan pemandu yang membawa dia ke sekolah USJ. Jadi saya boleh tiba di rumah lebih awal dari waktu dulu bila kami perlu mengambil Aween dari sekolah.

Kalau dimakan di Chicken Rice Shop, pasti bajet yang besar terpaksa diperuntukkan. Jadi apa kata, kita mencubanya sendiri. Ayam bagi Nasi Ayam Hainan tak sama dengan ayam bagi Nasi Ayam biasa yang ayamnya dibakar atau digoreng terlebih dahulu. Sedangkan ayam bagi Nasi Ayam Hainan hanya direbus dan dilumur dengan minyak bijan sahaja. Banyak kekeliruan yang saya tengok, bila ayam Nasi Ayam Hainan juga digoreng. Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular di kalangan orang orang Cina…
Nasi Ayam Hainan yang saya masak hari ini sangat sedap, nasinya sangat enak, ayam pulak sangat lembut. Boleh katakan semuanya sedap, sedap, sedap jer. Jom kita layan gambar gambar dan resepinya…

 

Nasi Ayam Hainan
NASI AYAM HAINAN
Credit: Azie Kitchen

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
kosher salt
4” halia muda saiz 1/4” setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1″ setiap satu
1 sudu kecil sesame oil
UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih – cincang
1 inci halia muda – cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt
UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1inci halia
Sedikit garam
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun
CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang.  Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan  minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong.
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup:  Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.
antara bahan diperlukan

 

Nasi Ayam Hainan
gosokkan ayam dengan garam di bahagian luar dan dalam

 

Nasi Ayam Hainan
masukkan halia dan daun bawang ke dalam ayam

 

Nasi Ayam Hainan
rebus hingga menggelegak dan kemudiannya api diperlahankan

 

Nasi Ayam Hainan
setelah masak rendam ayam dalam air ais

 

Nasi Ayam Hainan
potong ayam sebelum dilumur sos ayam

 

Nasi Ayam Hainan
lumur sos ayam sebelum dihidangkan
minyak dari lemak ayam diguna untuk menumis bawang putih dan halia

 

goreng beras sebelum dimasukkan minyak bijan dan garam
bahan untuk dibuat sos cili

 

sos cili yang sudah siap

 

sos ayam. sos cili dan sayuran
Nasi Ayam Hainan
siap untuk dinikmati … silakan

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker