Resepi Kuih Seri Muka Pasti Jadi dan Sedap


Kuih Seri Muka Gerenti Jadi Dan Sedap
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 1 jam
Jumlah Hidangan:2 loyang kecil 8 inci

Resepi kuih seri muka atau orang utara panggil pulut sekaya yang gerenti jadi dan pasti sedap. Resepi ni amat mudah dan senang dibuat. Yang paling utama adalah gerenti jadi dan sedap sebab sudah dicuba.

Bahan-bahannya semua sama sajs macam resepi lain, cuma biasalah kan kalau resepi orang lama ni banyak nak kena agak-agak, jadi bila dapat resepi yang dah ada sukatan memang senang nak buat. Cuma ada sedikit sahaja penambahan sahaja dari resepi asal.

Boleh juga kalau anda nak masak sekejap bahagian hijau atas tu bagi suam sikit sebelum kukus. Tapi adalah lebih baik kukus je terus cara orang lama.

Memang sedap kuih ni. Kalau buat minum petang dengan Teh 0 sambil mem’bawang’ confirm lah tak sedar dah habis setalam.

Sekarang ini pula bulan Ramadhan, apa lagi, jom buat untuk buka puasa petang ini untuk keluarga atau kawan-kawan.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (pulut kukus):

2 cawan/ 400 g pulut
2 cawan/ 250 ml santan cair
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
Sedikit minyak (untuk gris Loyang)

Bahan-bahan untuk lapisan atas (A):

8 helai daun pandan
1/2 sudu kecil jintan manis
3/4 cawan air
*kita nak blend hasilkan 1/2 cawan pati pandan

Bahan-bahan untuk lapisan atas (B):

1 ½ cawan/ 190 ml santan pekat
1 cawan/ 200g gula putih
1/2 cawan/ 60g tepung gandum
5 biji telur size A
1/2 cawan/ 62 ml pati pandan (Bahan A)
1 sudu kecil garam
setitik dua pewarna hijau

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan bawah (pulut kukus):

Rendam pulut minimum 2 jam, kemudian tapis airnya.

Masuk pulut ke dalam bekas, gaul bersama santan, gula garam dan daun pandan.

Kukus selama ½ jam atau sehingga pulut masak. Setelah masak, gembur-gerburkan sedikit.

Gris loyang dengan minyak. Lapik dengan kertas baking. Boleh juga kalau nak guna plastic.

Tuang pulut kukus, tekan-tekan supaya rapat.

Cara-cara untuk kuih seri muka:
Kisar semua bahan (A) dan kemudian tapis.

Kisar sehingga halus kesemua bahan (B) bersama ½ cawan bahan kisar (A).

Cakar sedikit permukaan pulut dengan garfu, tujuan supaya melekat bila kukus nanti.

Tuang bahan kisar lapisan hijau.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Cucuk dengan lidi, kalau lidi licin je maksudnya dah masak

Tips:

Bahagian pulut kukus kena lebih berasa sikit masinnya supaya dapat seimbangkan dengan rasa manis bahagian atas hijau.

Tunggu kuih sehingga betul-betul sejuk dahulu barulah dipotong. Kalau masih panas nanti kuih lembik dan tak cantik bila potong.

Sapu pisau dengan sedikit minyak supaya mudah dipotong.

Resepi Che Nom

Resepi Biskut Red Velvet Rangup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker