Berjaya Miliki RM247.56 Bilion, Pengasas TikTok Kini Tersenarai Antara Individu Terkaya Dunia


Selain YouTube, TikTok milik syarikat ByteDance juga merupakan antara media sosial yang mempunyai bilangan pengguna paling ramai. Ia popular disebabkan paparan konten-konten video yang menarik serta dihasilkan dengan cara kreatif oleh para penggunanya.

Maka tidak hairan, kejayaan aplikasi TikTok hari ini telah menyebabkan pengasasnya, Zhang Yiming, 38 tahun, tersenarai dan menjadi antara individu terkaya di dunia selepas memiliki nilai kekayaan sebanyak $60 bilion (RM247.56 bilion).

Nilai kekayaan tersebut sekaligus telah meletakkan Yiming ‘duduk sebaris’ dengan bilionair dari China yang lain iaitu Pony Ma dari Tencent Holdings dan pemilik syarikat minuman tempatan, Zhong Shanshan.

Kejayaan TikTok juga telah menyumbang peningkatan saham syarikat ByteDance. Berdasarkan laporan, nilai saham syarikat itu dalam pasaran dianggarkan berjumlah melebihi $250 bilion (RM1.03 trilion) dan satu per empat daripada jumlah saham itu merupakan milik Yiming.

Pada tahun lalu, ByteDance juga merekodkan perolehan pulangan berganda selepas TikTok serta aplikasi berita TouTiao (milik ByteDance) telah menceburi bidang perniagaan pengiklanan meliputi promosi e-dagang dan permainan video maya.

“Yiming sangat dikenali dengan cara pemikiran jangka panjangnya dan tidak mudah mengalah. Beliau juga merancang untuk membina perniagaan global,” kata Ma Rui dari firma Synaptic Ventures.

Untuk rekod, bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pernah mahu mengharamkan akses aplikasi Tiktok di negara itu atas alasan bahawa ia merupakan salah satu ‘alat risikan’ China. Malah, ByteDance selaku pemaju aplikasi ini pernah menerima ‘tekanan’ daripada negara India termasuk negaranya sendiri iaitu China.

Betul kata orang, ingin berjaya bukan satu perkara mudah dan dalam kes ini, terbukti bahawa pengasas TikTok, Zhang Yiming berjaya menjadi salah seorang billionair walaupun aplikasinya itu sebelum ini pernah menerima kecaman dan mahu disekat akses di sesetengah negara. Vc

Main TikTok selepas nikah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker