PKP Kelantan : Solat tarawih lapan rakaat, tidak lebih 45 minit



Sebaran :

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih di tujuh jajahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok.

Yang Dipertua Maik, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu diberikan kepada masjid, surau serta musolla di dalam jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Tumpat sehingga tempoh PKP berakhir.

Katanya, sebanyak 70 peratus jumlah jemaah dibenarkan menunaikan solat di masjid negeri, bandar dan jajahan dalam tempoh itu.



“Selain itu, 50 peratus kehadiran jemaah dibenarkan mengikut kapasiti sebenar di masjid mukim, surau dan musolla dengan penjarakan satu meter.

“Solat sunat tarawih boleh dilaksanakan sebanyak lapan rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih 45 minit tidak termasuk solat isyak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MELAMPAU!, ramai kecam iklan judi online kait dengan raya

Menurutnya yang juga Tengku Temenggung Kelantan, tazkirah juga tidak dibenarkan sepanjang solat sunat tarawih.



Katanya, jamuan berbuka puasa, bersahur dan moreh tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun, masjid, surau dan musolla boleh menyediakan menu berbuka, bersahur serta moreh secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

“Khidmat imam untuk solat tarawih dan penceramah untuk program Ihya Ramadan dari luar negeri Kelantan tidak dibenarkan,” katanya.



Tambahnya, bagi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli pula tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan sebelum ini


Sebaran :


Leave a Reply