MELAMPAU!, ramai kecam iklan judi online kait dengan raya


MELAMPAU!

Tidak dinafikan, hari raya memang memerlukan perbelanjaan.

Namun, mencari duit lebih untuk beli baju baru, balik kampung dan sebagainya mestilah melalui jalan yang dibenarkan agama.

Berniaga, membuat kerja sampingan seperti e-hailing atau membuat pinjaman perayaan daripada majikan antara yang lazim dilakukan.

Tetapi bukanlah sesekali dengan mencuba nasib berjudi yang merupakan salah satu dosa besar bagi umat Islam.

Justeru, apabila operator judi dalam talian membuat iklan menggalakkan orang ramai ‘mencuba nasib’ bagi mencari duit lebih untuk hari raya yang tidak lama lagi, ia ternyata satu provokasi pada kesabaran ramai.

Pelbagai kecaman diluahkan umat Islam terhadap operator judi tersebut yang sangat menyinggung sensitiviti masyarakat apatah lagi dalam bulan Ramadan yang baru sahaja disambut.

Antara yang awal mengeluarkan kenyataan menggesa siasatan menyeluruh dilakukan terhadap iklan tersebut ialah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh.

Tegas Ahli Parlimen Kuantan itu, untuk operator judi mengeluarkan iklan mengajak umat Islam berjudi mencari dana balik kampung serta beraya sungguh menyinggung sensitiviti umat Islam di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Saya menggesa pihak SKMM mengambil tindakan yang tegas keatas pengeluaran lagu ini oleh gdbet333 yang jelas melanggar Akta SKMM.

“Gdbet333 mempromosikan syarikatnya sebagai satu syarikat online casino dan telah mempengaruhi umat Islam menggunakan media sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadhan semata-mata untuk berhari raya.

“Ini amat bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih dari dosa kerana di bulan Ramadan juga masa untuk memperoleh maghfirah atau keampunan dari Allah,” katanya.

Tegas pemimpin PKR itu, iklan gdet333 ini boleh juga dikira sebagai menghasut umat Islam terutama anak muda untuk melakukan dosa

“Saya juga menggesa menteri-menteri Pas di dalam kabinet dan juga menteri beragama Islam untuk prihatin tentang hal ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya amalan yang bertentangan dengan agama Islam ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan dalam kalangan masyarakat orang Islam,” jelasnya. Utv

Netizen Tegur Lambakan Iklan Berunsur Dewasa Dan ‘Double Meaning’ Di Lebuh Raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker