Beginilah adab dan sunnah tidur yang diajarkan Baginda s.a.w.


Setiap perkara yang ingin dilakukan sepatutnya dirujuk kepada sunnah Nabi s.a.w. Apa yang diamalkan dan diajar oleh Baginda s.a.w. banyak mendatangkan kebaikan dari sudut rohani dan jasmani. Antara adab dan sunnah yang diamalkan oleh Baginda s.a.w. ketika ingin tidur ialah:

Mengambil wuduk sebelum masuk tidur, sembahyang sunat (ibadat yang merupakan sebahagian daripada qiyamullail) dan disudahi dengan sembahyang witir. Apa yang disarankan ini menghendaki kita tidur dalam keadaan suci dan sentiasa mengingati Allah S.W.T.

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

“siapa berbaring di tempat tidurnya dalam keadaan suci (tidak berhadas) dan menyebut nama Allah S.W.T. hingga dia benar-benar mengantuk, tidak berpaling satu saat pun dari malam itu yang dia memohon kepada Allah S.W.T. akan kebaikan dari kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, melainkan Allah S.W.T. akan memberinya.”



Kemudian Baginda s.a.w. akan bermuhasabah sebelum tidur. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mengira dan membanding-bandingkan antara kebaikan dan keburukan yang dilakukan sepanjang siangnya, kemudian beristighfar dari dosa yang dilakukannya.

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada disedari ataupun tidak.

Jadi, bermuhasabahlah dengan apa yang kita lakukan sepanjang siang itu, agar kita sentiasa peka dengan perlakuan kita, dan insaf dengan perlakuan tidak baik.

Amalan ini akan membersihkan hati kita. Sunnah ini disandarkan kepada satu hadis Nabi s.a.w.



“sesiapa yang membaca ketika berbaring di tempat tidurnya (yang ertinya): aku meminta ampun kepada Allah S.W.T. yang tiada tuhan melainkan Dia yang hidup, berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepadanya, Allah S.W.T. mengampuni dosa-dosanya sekalipun sebanyak buih di lautan.

“Membaca ayat kursi, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas juga merupakan amalan Baginda s.a.w.

Sunnah ini disandarkan kepada satu hadis Nabi s.a.w

“Daripada ‘Aisyah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. apabila berbaring di tempat tidurnya setiap malam, Baginda merapatkan telapak tangannya, kemudian Baginda menghembusnya, lalu membaca: surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas.



Kemudian menyapukan telapak tangan tersebut ke seluruh tubuhnya sedapat yang boleh, yang dimulai dari bahagian kepalanya, wajahnya dan bahagian hadapan tubuhnya. Baginda melakukan sedemikian sebanyak tiga kali.” HR Bukhari & Muslim

Menurutnya, mengirapkan atau membersihkan tilam dan selimut sebelum berbaring di atasnya, supaya bersih dari serangga dan selainnya. Kemudian berbaring dengan lambung kanan ke bawah, jangan menjulurkan kaki ke arah kiblat, kemudian berdoa dengan salah satu doa tidur.

Sunnah ini disandarkan kepada satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda

“jika salah seorang kamu berbaring di tempat tidurnya, hendaklah dia (mengirapkan) tilam itu dengan membalikkannya, kerana dia tidak tahu apa yang ada di belakangnya, kemudian dia berdoa (yang ertinya):



Dengan nama Mu, ya Tuhan, aku letakkan lambungku dan dengan Mu juga aku mengangkatnya. Jika Engkau menahan nafasku, maka kasihilah dia dan jika Engkau melepaskannya, peliharakah dia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba Mu yang soleh.” HR Bukhari & Muslim

Air rendaman kurma, amalkan minuman sunnah ini setiap hari, tapi elak simpan lama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker