Dilengkapi ‘Nutrinegy’, Gardenia Original Classic Kini Tampil Dengan Wajah Baharu


Sebut mengenai jenama Gardenia pasti orang ramai sudah cukup kenal dengan produk keluaran terlaris mereka iaitu Gardenia Original Classic. Menjadi pilihan buat sejumlah besar keluarga di Malaysia antara yang membuatkan jenama ini terus kekal dicari sehingga kini.

Terbaharu, setelah sekian lama hadir dengan wajah yang sama, Gardenia pada hari ini menerusi laman Facebook mereka mengumumkan wajah baharu roti Gardenia Original Classic secara rasmi.

Tidak hanya dengan wajah baharu, Gardenia Original Classic terbaru ini turut ditawarkan dengan kebaikan Nutrinegy yang kaya dengan zat besi, vitamin A, vitamin E serta tanpa lemak trans dan kolestrol.

Sebagai rekod, roti Gardenia pernah membuat orang ramai panik setelah dilaporkan sold out di sejumlah besar kedai selepas sahaja pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Selain nasi, roti juga merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Lagi-lagi saat Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pastinya ramai di rumah asyik ingin makan sahaja dan cuba resepi berbeza setiap hari.

Berikutan itu, roti habis terjual hampir di semua kedai dan pasaraya sehingga menyebabkan netizen tercari-cari kedai yang memiliki stok jual roti terutama sekali roti berjenama Gardenia. Vc

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker