PN teruskan dasar PH: Najib soal mengapa Digi dinilai pada harga 67% lebih tinggi banding Celcom?

Najib Razak

Sebelum PRU14, Celcom adalah syarikat yang lebih besar banding Digi.

Celcom milik Axiata. Pemegang saham terbesar Axiata pula ialah Khazanah Nasional.

Selepas PRU14 pula, rejim PH pernah cuba gabungkan Celcom dengan Digi tapi telah ditentang hebat oleh kami lalu rancangannya gagal.

Tiba-tiba masa darurat pula, penggabungan ini terhidup semula.

Sebelum digabung, Axiata milik 100% Celcom.

Selepas digabung dan dibayar cash RM2 bilion oleh Telenor, Axiata milik 33.1% syarikat gabungan Celcom-Digi.

(Bayar cash maksudnya, Axiata sebenarnya jual sebahagian dari kepentingan mereka dalam Celcom kepada syarikat Norway Telenor)

Penganalisis yang meniliti rancangan gabungan terbaru berpendapat bahawa deal ini lebih menguntungkan Digi.

Ulang Tahun Pertama Kematian Rejim Pakatan Harapan (RIP)

Digi dinilai pada harga 67% lebih tinggi berbanding Celcom dalam penggabungan ini.

Malah, keuntungan tahunan Axiata akan jatuh 10% manakala keuntungan Digi akan naik 5% selepas Celcom-Digi digabung.

Adakah nilai Celcom yang begitu rendah dan penurunan keuntungan tahunan Axiata ini wajar?

Penganalisis ini juga bimbang bahawa selepas digabung, syarikat baru ini akan menguasai lebih 67% daripada pasaran mobile Malaysia dan hanya Maxis satu-satunya je yang mampu bersaing dengan mereka.

Dan ini ada kemungkinan untuk menjejaskan persaingan dan merugikan pengguna.

Deal Celcom-Digi yang dimaklumkan ini berikutan penjualan 100% kepentingan dalam syarikat semikonduktor terbesar negara Silterra oleh Khazanah pada harga cash RM273 juta sahaja.

Padahal masa dahulu, kerajaan pernah melabur lebih RM5 bilion dalam Silterra.

Rugi teruk pada masa PM4 tapi berjaya dipulihkan oleh kerajaan BN masa saya PM

Jumlah pendapatan dan keuntungan Silterra dalam tempoh 4 tahun sebelum PRU14 cecah RM1.8 bilion dan RM600 juta masing-masing.

Tapi dijual sepenuhnya pada harga RM273 juta pada ketika darurat dan pada ketika industri semikonduktor duna sedang naik mencanak akibat pandemik.

Nak bina kilang semikonduktor baru pun perlu masa dan kos lebih US$1 bilion. Bukan murah.

Dalam tempoh 9 tahun saya PM, nilai aset bersih Khazanah naik berganda dari RM31 bilion kepada RM116 bilion pada akhir tahun 2017.

Jatuh teruk selepas PRU14 ke sekitar RM75 bilion selepas ekonomi merudum dan satu persatu aset-aset Khazanah dijual kerajaan PH dan PN.

Jika kerajaan teruskan penjualan aset-aset negara seperti ini pada harga yang amat mencurigakan maka kekayaan kerajaan yang dibina pada masa BN tidak akan dapat dipulihkan.
Sebaliknya, akan semakin menurun.

Celcom dan DiGi bergabung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker