Kerajaan PAS Kelantan Batalkan Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Dua hari sebelum umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Ramadan, kerajaan Kelantan memutuskan untuk membatalkan kebenaran pengoperasian bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri tahun ini sebagai langkah menanagani peningkatan kes Covid-19 di negeri itu
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata, keputusan itu dibuat untuk membendung penularan Covid-19 di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Bazar Ramadan, bazar Aidilfitri seluruh Kelantan dibatalkan.
“Ini adalah ikhtiar demi membendung penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa dengan kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini 10 Persediaan Perlu Dibuat Untuk Menyambut Kedatangan Ramadhan
Semalam, Covid-19 di Kelantan mencatat 171 kes dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.
Kelantan juga semalam mencatat satu kluster baru iaitu kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja.
Dalam perkembangan itu juga, Izani memaklumkan penganjuran Madinah Ramadan yang merupakan salah satu acara tahunan di Kelantan juga turut dibatalkan.
Katanya, lokasi program Madinah Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu itu dijadikan sebagai pusat rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC).
“Madinah Ramadan ditukarkan menjadi pusat Rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC),” katanya.
Rakaman suara mirip Muhyiddin, KPN perlu nasihat PM buat laporan polis
You must be logged in to post a comment.