Rakaman audio Zahid-Anwar, direka atau rakam sendiri?
BANGI, 26 Syaaban 1442H, Khamis – Pihak Cyber Security Malaysia (Cyber Security) boleh memainkan peranan bagi memastikan ketulenan rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, teknologi digital hari ini membolehkan berlakunya rakaman suara secara terus oleh pelaku, tanpa pengetahuan atau direka dengan menggunakan suara orang yang mampu meniru suara individu tertentu.
Pakar audio dan visual, Dr Megat Al Imran Yasin berkata, terknologi terkini juga tidak hanya bersandar kepada penggunaan kaedah ‘wire tapping’ atau ‘phone bugging’ untuk merakam perbualan individu yang berada dalam perhatian.
Beliau berkata, teknologi digital sekarang memungkinkan dua kaedah sama ada audio terbabit betul dirakam secara terus atau secara dengar curi.
“Keduanya adalah audio itu dibuat dan reka dengan menggunakan suara orang yang mampu meniru suara individu tertentu.
“Kemudian teknologi boleh memperbaiki kualiti audio tersebut,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.
Sebelum ini, tular rakaman suara didakwa mirip Ahmad Zahid dan Anwar berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada akhir bulan lalu.
Dalam rakaman kira-kira empat minit itu, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Ahmad Zahid kerana berjaya mengendalikan PAU 2020.
Selain itu, suara yang didakwa Ahmad Zahid berkata, apa yang diucapkan ketika PAU 2020 hanya bersifat taktikal.
Saya dengar 10 kali, saya yakin audio itu tulen – Annuar Musa
You must be logged in to post a comment.