Siapa pun Presiden UMNO tetap dikritik, difitnah – Mazlan

Sebaran :


KUALA LUMPUR – Jawatan Presiden UMNO tidak pernah lekang daripada menjadi sasaran dan serangan daripada pihak tertentu sama ada parti lawan mahu pun kawan.

Tujuannya semata-mata untuk melemahkan parti Melayu itu, kata Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazlan Maarop.

Menurutnya,, apa yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan perkara baharu bahkan serangan sama pernah dilalui Datuk Seri Najib Razak.

“Hebatnya ujian dilalui Presiden UMNO ni.. dulu Datuk Seri Najib yang kena… sekarang Datuk Seri Zahid pula.

“Tujuannya sama sahaja…nak melemahkan UMNO. Pasukan Tok Mat Hasan (Datuk Seri Mohamad Hasan) nampak tak benda ini? Kalau Tok Mat Hasan pegang presiden rasanya sama sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin dan akar umbi diingatkan agar tidak lagi taksub kepada mana-mana kem di dalam UMNO hingga sanggup mengaibkan presiden sendiri di laman media sosial, katanya.

“Orang UMNO tak sedar sedar lagi ke? Nak kem sana sini lagi ke? Masih ada kem A, B, C dan D? Sudahhlah..depan mata merata berselerak dalam media sosial hentam presiden.

“Siapa pun Presiden UMNO akan binasa, dikritik dan difitnah waima Tok Mat Hasan yang kita nampak bersih sekali pun,” katanya.

Mazalan percaya serangan itu akan terhenti sekiranya presiden UMNO mengikut telunjuk parti lawan, Datuk seperti mana yang dilakukan oleh segelintir pemimpin yang dilihat sebagai jurucakap parti tertentu.

“Kalau presiden jadi pak turut mcm tiga pemimpin ini, akar umbi dan perwakilan pasti akan mengamuk.

“Selama ini Datuk Seri Zahid bermati-matian pertahankan UMNO dan perwakilan, pertahankan ahli dari cawangan dan bahagian.

“Takkanlah kita sebagai ahli hanya diam diri berpeluk tubuh dan duduk diam di rumah tanpa buat apa-apa,” katanya.

Sudah tiba masanya akar umbi membuang sikap mementingkan diri sendiri demi keuntungan yang sebenarnya tersasar daripada perjuangan sebenar UMNO.

“Perkara mudah yang kita boleh buat sekarang ini mudah sahaja, gerakkan media sosial kita. Kalau cybertroopers hentam UMNO, Presiden, fitnah atau buat perspektif negatif, kita lawan balik, kita perbetulkan kenyataan.. kalau kita sendiri tak kuat siapa yang akan tolong UMNO?

“Ingat kita ada tiga juta ahli…kalau tiga juta ini aktifkan media sosial dan pertahankan parti, habis semua geng cybertroopers dan Red Bean Army,” katanya lagi. MG

Astro Awani Mohon Maaf Fitnah Presiden UMNO


Sebaran :

Leave a Reply