Tiada siapa boleh langkaui perlembagaan UMNO mahu tetapkan pemilihan – Hasni


JOHOR BAHRU – Tiada sesiapa dalam kalangan ahli UMNO yang boleh melangkaui perlembagaan parti untuk menetapkan tarikh pemilihan.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut berkata, semua ahli perlu memahami ketetapan yang terkandung dalam perlembagaan.

Selain itu, beliau tidak mahu melihat berlakunya sebarang permasalahan daripada segi pematuhan ketetapan yang dibuat atau terkandung dalam perlembagaan parti.

“Kita perlu mengambil maklum dalam perlembangan UMNO itu sendiri setiap tiga tahun kita mengadakan pemilihan beerti pada tahun 2021 ini dan perlembagaan juga membenarkan lanjutan selama 18 bulan.



“Atas sebab-sebab yang khusus seperti tahun-tahun pilihan raya, tahun-tahun yang mana berlaku bencana dan sebagainya jadi saya tidak melihat adanya permasalahan daripada segi pematuhan ketetapan yang dibuat atau terkandung dalam perlembagaan parti.

“So if it to be implemented so it should be within the party constitution. I don’t think anybody got the authority or the power to go beyond the constitution or the party. Apa yang kita buat haruslah mengikut landasan dalam perlembagaan,” katanya selepas merasmikan progran sayangi sungai skudai sempena Hari Air Sedunia peringkat Negeri Johor di Loji Air Skudai hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, mengikut perlembagaan parti, mereka mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk menangguhkan pemilihan bermula dari tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 28 Mac lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan dan kepentingan sama ada pemilihan UMNO perlu dilakukan dalam masa terdekat.



Jelas Hasni, meskipun berlaku percanggahan pandangan dilkalangan ahli, beliau yakin pemilihan UMNO yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini tidak akan memecahkan parti.

“UMNO sudah 75 tahun, dulu berlaku pemilihan yang sengit melibatkan tokoh-tokoh yang besar dan ada tahun- tahun tidak ada saingan yang sengit, pemilihan orang tak penting pun terpilih jadi dalam parti kita langsung tidak gentar pertandingan sengit mana pun ia tidak akan memecah belahkan parti,” katanya.

Pada Ahad lalu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengulangi pendiriannya tiada keperluan pemilihan parti diadakan pada akhir tahun ini sebaliknya ia perlu dilakukan segera.

Ia susulan dari kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, pemilihan UMNO dijangka diadakan pada hujung tahun ini.



Pada 30 Mac lalu, Khairy menerusi laman instagramnya turut menyuarakan perkara sama apabila menggesa UMNO menyegerakan pemilihan parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 jika mahu menyelesaikan kemelut dalaman yang membelenggu parti sejak beberapa bulan lalu. MG

MB Johor tambah peruntukkan untuk Adun pembangkang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker