Salahkah Zahid berkawan dengan Anwar?


Oleh Borhan Abu Samah

SAYA ada seorang kawan dia bekerja di sebuah akhbar di negara ini. Kehebatan dia adalah meniru suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya selalu ketawa tak kering gusi apabila dia meniru suara Anwar. Sebabnya ia sangat serupa dengan lenggoknya. Dia bukanlah seorang yang saya jumpa, bahkan ramai yang boleh meniru suara serta gaya Anwar bertutur.

Jadi apabila tular rakaman perbualan Anwar dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya tidak terlalu teruja sebagaimana kebanyakan orang.



Pertama ia mungkin palsu dan kedua ia hanya perbualan biasa seorang rakan.

Kalau sesiapa mengikuti politik tanah air, semua tahu bagaimana hubungan Zahid dengan Anwar. Zahid pernah menjadi pengikut setia Anwar.

Takkanlah rakan tidak boleh menelefon dan berbual soal politik. Seperkara lagi takkanlah Anwar dan Zahid terlalu naif sehingga tidak tahu telefon mereka sentiasa dicuri dengar oleh pihak berkuasa dan musuh.

Kalau rakaman itu benar tulen, saya tidak percaya ia datang dari pihak berkuasa, tentulah datang dari musuh kedua-dua pemimpin politik itu.



Musuh ketat beliau ketika ini tentulah Bersatu, kerana Zahid melaksanakan suara akar umbi UMNO yang enggan bekerjasama dengan Bersatu.

Memanglah dari segi parti UMNO tidak akan bekerjasama dengan Anwar, tetapi takkanlah Zahid perlu membuang kawan.

Jadi ia bukan isu besar, tetapi sengaja diperbesarkan semata-mata untuk menjatuhkan Zahid.

Bak kata Zahid: Pokok kelapa yang paling tinggi memang sering menjadi sasaran petir. SM



Rakaman suara dakwa Muhyiddin cuba tarik pemimpin Umno sertai PPBM didedah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker