Kerajaan tidak berani berdepan suara anak muda

Sekretariat Gerak Undi18 Pahang menyifatkan tindakan penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) berhubung pendaftaran pemilih automatik dan undi 18 tahun (Undi18) seolah-olah membayangkan kerajaan tidak berani berdepan suara anak muda dalam menentukan landskap politik negara.

Timbalan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) negeri, Ahmad Zarul Afiq Arifudin yang juga wakil sekreteriat terbabit berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk menangguhkan pelaksanaan RUU itu kerana ia sudah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dua tahun lalu.

SEBAHAGIAN anggota Sekreteriat Gerak Undi 18 membaca kenyataan bersama pada sidang akhbar di Taman Kerang, di Kuantan, Pahang.

“Justeru, kita mahu kerajaan Pahang menyatakan pendirian secara jelas berhubung keputusan SPR menangguhkan Undi18 ini dan alasan pihak kerajaan negeri terhadap keputusan (pendirian) itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri sembilan wakil belia, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman; Pengerusi MUDA Pahang, M. Manimaharan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perikatan Pelajar Malaysia Global, Immaculata V. James.

Sementara itu, Ahmad Zarul berkata, pihaknya juga berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan dalam kalangan belia selaras dengan keputusan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri pada November lalu.

Menurutnya, perkara itu penting sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan Undi18.

Beliau turut mencadangkan kerajaan negeri meminda Perkara 19 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan mengenai had umur ADUN dari 21 tahun kepada 18 tahun, sebagai bukti komitmen kerajaan Pahang menyokong pelaksanaan Undi18.

“Walaupun sidang DUN tidak dapat diadakan berikutan pelaksanaan proklamasi darurat, namun jika kita lihat Perkara 11(b) dan 11(c) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri mempunyai kuasa menjalankan kuasa eksekutif dan perundangan.

“Jadi, kita harap kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya demi menyokong pelaksanaan Undi18,” katanya-UO

18 remaja mahu saman kerajaan kerana tangguh Undi18

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker