Bas ekspres terbabas dekat Terowong Menora, 14 penumpang cedera

Seramai 14 penumpang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan di Kilometer 265, Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran Terowong Menora, dekat sini, awal pagi ini.

Mangsa yang tercedera terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 2.22 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang menghala dari Kulim ke Kuala Lumpur telah terbabas ke bahu jalan, tanpa melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, anggota bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera dan memberi rawatan awal kepada mereka sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Shahrudi Muhamad Halil tamat pada 4.39 pagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker