Ada isyarat Pas tidak ada hasrat berpisah dengan UMNO – Shahril


UMNO yakin Pas tidak akan menamatkan kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional memandangkan hubungan itu sudah terjalin hingga ke peringkat akar umbi.

Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata, UMNO juga melihat kenyataan beberapa pemimpin tertinggi Pas kebelakangan ini bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama kedua-dua parti.

“Saya ambil tafsiran yang paling positif iaitu daripada kenyataan Presiden Pas dan Timbalan Presidennya sebelum ini yang mana mereka menegaskan masih mahu mempertahankan dan memperkukuhkan Muafakat Nasional.

“Jadi, itu satu isyarat yang bagi saya menunjukkan apa sahaja pendirian Pas mengenai Bersatu berkenaan dengan PN (Perikatan Nasional), mereka tidak ada lagi hasrat untuk berpisah daripada Umno,” katanya pada sidang media selepas Siri Jelajah #SAMBUNG YANG TERGENDALA di sini lewat malam tadi seperti dilapor BERNAMA.



Tanggapan Pas ketepikan UMNO tidak benar – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker