Khairy belum fikir jawatan yang akan dipertandingkan dalam pemilihan UMNO


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau belum memutuskan jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO.

Sebaliknya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu menggesa Majlis Tertinggi (MT) parti tersebut menyegerakan keputusan berhubung status pemilihan.

“Saya nak supaya ada keputusan ada pemilihan dulu, lepas tu baru kita fikir nak bertanding apa.

“Sekarang ini belum ada keputusan daripada MT sama ada nak tangguh atau nak adakan pemilihan parti.

“Bagi saya MT kena buat keputusan adakan pemilihan dan jangan tangguh lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang.

Kelmarin, MalaysiaGazette melaporkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa mahu supaya pemilihan parti diadakan yang mana ia merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO.

Kata beliau, pemilihan yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak perlu ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

“UMNO mesti menghadapi PRU dengan kempimpinan yang mempunyai mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing, Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this,” katanya. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker