941 kes baharu Covid-19, kali pertama capai 3 angka sejak 9 Dis


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 941 kes baharu Covid-19, kali pertama jumlah itu turun kepada tiga angka sejak 959 kes dilaporkan pada 9 Dis 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 219 kes.

Ia disusuli Sarawak dengan 192 kes, Johor (171), Pulau Pinang (164), Kuala Lumpur (57), Kelantan (49), Sabah (34), Negeri Sembilan (18), Kedah (13), Melaka (lapan), Pahang (lima), Perak (lima), Terengganu (empat), Labuan (satu) dan Putrajaya (satu).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 219 kes jangkitan.

“Kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Isnin.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,097 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 327,406 kes.

Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,219 kes.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan lima kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,260.

Katanya, seramai 166 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 73 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker