Fadhli Shaari Sifatkan Ucapan Zahid ‘Gentelman’ Kerana Berterus Terang, Namun…

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula menyifatkan ucapan dasar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini “terang dan bersuluh”.

Katanya, PAS pasti mendapat mesej apa yang diperkatakan presiden Umno itu.

“Ucapan presiden Umno lebih terang dan bersuluh, ia tidak menyindir dan membidas PAS atau menyalahkan pihak-pihak tertentu yang berselindung di sebalik slogan perpaduan ummah atau menyifatkan PAS sebagai senyap-senyap berbaik dengan Bersatu seperti ada ucapan sebelum ini,” katanya.

Dia yang juga ahli parlimen Pasir Mas bagaimanapun tidak berterus terang mengenai penerimaan PAS.

“Saya sifatkan ia ucapan yang gentleman. PAS sudah mendapat mesej itu. Sama ada ia selari atau tidak dengan pendirian PAS, kita tentunya boleh membuat telahan.

PAU 2020: UMNO sebagai Kabinet kerajaan atau tidak, diketahui petang ini – SUA UMNO

“Sudah tentu tuan guru presiden dan timbalan yang turut hadir lebih jelas dengan mesej yang ingin disampaikan,” katanya juga dalam hantaran di Facebooknya.

Ahmad Fadhli berkata sikap seterusnya akan ditentukan pimpinan tertinggi PAS.

“Dari sudut adat dan budaya terhadap tetamu, sebagai pemerhati, kelihatan PAS dihormati sebagai tetamu pagi ini di perasmian Perhimpunan Agung Umno.

“Terima kasih kawan-kawan kita di dalam Umno,” katanya lagi yang mengakhiri hantaran tersebut dengan tanda pagar #PukulTetamu

PAU 2020 : Jangan beretorik jika mahu parti Melayu bersatu, kata Hishammuddin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker