PAU2020: Platform terbaik untuk Presiden UMNO jelaskan isu kerjasama dengan PKR – Annuar Musa

Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) yang akan bermula esok merupakan platform terbaik untuk Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan semua khabar angin yang terkait dengan dirinya.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, akar umbi pastinya mahukan penjelasan terutamanya berkaitan kerjasama UMNO dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, Ahmad Zahid mempunyai peluang terbaik untuk menerangkannya dalam Ucapan Dasar Presiden.
“Saya faham sememangnya ada kesamaran, tanda tanya dan ada berita yang bercanggah. Ada yang kata Presiden ada berbincang dengan PKR, ada yang kata ada surat dan tandatangan berpakat menyokong (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, ada pula kata tidak ada.

“PKR sendiri melalui Anwar berkata ada jumpa tapi tidak ada pakatan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution pula kata perjumpaan biasa-biasa sahaja.



“Jadi banyak versi, pada saya PAU kali ini adalah peluang terbaik dan eloklah perkara itu diperjelaskan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan rumah untuk 395 pemilik rumah Residensi Razakmas2, di sini pada Jumaat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyempurnakan majlis tersebut dengan menyerahkan 10 replika kunci kepada penerima.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menafikan spekulasi parti itu mungkin bekerjasama dengan PKR menjelang pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini menegaskan tiada perbincangan seumpama itu antara dua parti tersebut.



Tegasya, beliau hanya berjumpa dengan Anwar di Parlimen dan di majlis perkahwinan namun menjelaskan tiada perbincangan berhubung kerjasama rasmi dilakukan.

https://mykmu.net/2017/03/26/najib-razak-antara-12-menteri-kewangan-terbaik-asia/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker