Institusi Presiden: UMNO Kelantan Tetap Bersolidariti Mendokongnya

 

KOTA BHARU, 24 Mac – UMNO Kelantan tetap dan terus bersolidariti dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pusat.

Demikian kata Setiausaha Badan Perhubungannya Akbar Salim dalam satu kenyataan hari ini, hasil keputusan mesyuarat negeri pada malam tadi.



“UMNO Negeri Kelantan terus mendokong institusi kepresidenan dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti yang dipilih secara demokrasi.

“Memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti PPBM. Sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 Mesyuarat Perwakilan Bahagian daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat,” katanya.

Malam tadi, ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan telah bermesyuarat dengan dihadiri oleh 12 Bahagian dari 13 Bahagian setelah satu Bahagian Tanah Merah digantung.



Jelas Akbar, mesyuarat juga meminta parti PAS membuat keputusan jelas dan segera sama ada bersama UMNO atau bersama PPBM dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Begitu juga dengan pendirian UMNO Bahagian Ketereh yang dihantar kepada presiden adalah kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. – UMNO ONLINE

 

Kenyataan Media Presiden UMNO: Mendokong PN dan Memperkasakan MN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker