[VIDEO] WAWA ZAINAL SAMBUT HARI LAHIR IBU

“Tips murah rezeki, bahagiakan orang tuamu… Selamat ulang tahun mak.. walaupun Wawa bukanlah dibesarkan oleh ibu kandung, Wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada kedua ibu. Mencuba menjadi anak yang sentiasa membahgiakan ketiga tiga orang tua ku.

Kalau ada yg sama macam wawa (bukan dibesarkan oleh ibu kandung) sayangi mereka .. kasihi mereka.. selagi masih ada. Hargai waktu yg dipunya.. tu la kata-kata Bunga Citra Lestari yg wawa akan ingat sampai bila-bila.

“Hargai setiap moment setiap waktu yang kita punya btw mak happy sangat dapat #wawagiftset @wawacosmeticshq tu,” itulah kata-kata pelakon dan usahawan Wawa Zainal menerusi sebuah video sambutan ulang tahun kelahiran ibu kandungnya yang dimuat naik di laman Instagram.


Baru-baru ini, Wawa telah membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran ibu kesayangannya dan apa lebih istimewanya apabila isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini memberikan ibunya sebuah kek yang berisi wang tunai.

Menerusi satu video yang dikongsikan Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, jelas kelihatan ibunya terkejut selepas menarik kertas yang ada pada kek itu.

Tetap memberikan kasih sayang sepenuhnya meski tidak dibesarkan ibu kandung, Wawa dalam masa sama turut menitipkan kata nasihat untuk sentiasa melakukan kebaikan kepada ibu bapa.

Melihat di ruangan komen pula, Wawa turut ditanya peminat mengenai siapalah wanita yang raikan itu, lalu memberitahu dia ialah ibu kandungnya. Sehingga kini, video yang dimuatnaik telah pun menerima lebih 400,000 tontonan.

Untuk makluman, Wawa berkahwin dengan Aeril pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya, setahun.

 

Siapa kata Airel dan Wawa instant kaya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker