[VIDEO] Helikopter Airbus AS350 terhempas, dua cedera

 

PETALING JAYA: Dua cedera manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus AS350 B3 dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 9.26 pagi dan menggerakkan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik ke lokasi.

“Helikopter terbabit terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku.

“Terdapat lima lelaki warga tempatan termasuk juruterbang di dalam helikopter dan dua daripada mereka mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Helikopter terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku.
Helikopter terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku.

 

 

Mangsa yang cedera menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. - Foto ihsan pembaca
Mangsa yang cedera menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. – Foto ihsan pembaca

 

 

Terdapat lima lelaki warga tempatan termasuk juruterbang di dalam helikopter dan dua daripada mereka mengalami kecederaan.
Terdapat lima lelaki warga tempatan termasuk juruterbang di dalam helikopter dan dua daripada mereka mengalami kecederaan.

 

Katanya, seorang mangsa dilaporkan patah kaki kanan dan cedera di kepala, manakala rakannya cedera ringan di kaki dan tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Norazam berkata mangsa yang cedera menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Helikopter bersama lima penumpang dan dua juruterbang berkenaan terhempas di Bay 17 LTSAAS pada jam 9.18 pagi menyebabkan pembantu juruterbang cedera.

“Mangsa sudah dibawa ke hospital untuk rawatan dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan kini sedang menyiasat berhubung punca kemalangan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker