Pemburu emas ‘Gunung Tabai’ maut terowong runtuh

BAU : Seorang pencari emas maut selepas terowong yang digalinya di dalam gua di Gunung Tabai, di sini, runtuh, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem, berkata mayat mangsa, Mat Tapa, 25, ditemui tertimbus di bawah runtuhan batu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata, dua lagi rakan mangsa yang pada mulanya disyaki terperangkap, disahkan sudah berjaya keluar dari gua berkenaan pagi tadi.

“Dua anggota bomba yang berjaya memasuki terowong sempit di dalam gua itu berjaya menemui mayat mangsa kira-kira jam 4.30 petang tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tawang berkata, pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.10 pagi tadi menghantar 10 anggota bagi melaksanakan gerakan SAR.

Bapa maut dipercayai dibunuh anak selepas bergaduh di Ipoh

Difahamkan, tiga lelaki itu pergi ke Gunung Tabai sejak semalam untuk melombong emas di dalam gua di kaki gunung.

Mereka dikatakan menggali terowong yang dianggarkan sedalam 80 meter dan struktur terowong itu tidak stabil menyebabkan kerja-kerja menyelamat agak sukar.

Gua itu adalah kawasan larangan selepas beberapa insiden kemalangan membabitkan pencari emas berlaku sebelum ini.

Pada 2011, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 37 tahun parah selepas dihempap batu apabila terowong sempit runtuh.

Pada 2012, seorang pemburu emas maut di gua berkenaan akibat runtuhan terowong dan keluarganya merelakan jasad lelaki berusia 30-an disemadikan di bawah runtuhan berikutan kesukaran mengeluarkannya kerana faktor keselamatan pasukan penyelamat.

 

Warga Emas terperangkap dalam lumpur tanah liat tak bermaya selama 3 hari untuk mencari tin dan botol minuman terbuang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker