DBKL diminta bantu peniaga terjejas kebakaran Pasar Datuk Keramat


Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta membantu peniaga yang terjejas dalam tragedi kebakaran membabitkan deretan 46 kedai di Pasar Datuk Keramat di sini, petang semalam.

Permintaan itu diluahkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang turut meluangkan masa menziarah mangsa kebakaran itu.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pasar berkenaan adalah antara kawasan perniagaan orang Melayu di dalam bandaraya Kuala Lumpur.

“Kawasan ini sudah melebihi 40 tahun. Kebakaran ini memang memeranjatkan peniaga di sini.

“Saya nak minta jika boleh DBKL bantu peniaga, bersihkan kebakaran dan naikkan semula pasar ini jika ia tidak menjejaskan soal isu tanah di kawasan ini,” katanya dalam lawatannya semalam.

Johari berkata, beliau difahamkan oleh Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil cawangan Datuk Keramat, Mohamed Tarmizi Mohamed Akil bahawa status tanah ditempatkan binaan deretan kedai itu bukan milik DBKL sedangkan pasar itu dahulu dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, deretan kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. HM

Pasar besar Datuk Keramat terbakar, lebih 40 gerai musnah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker