Ada kuasa luar gagalkan usaha PDRM bawa pulang Jho Low: KPN

SHAH ALAM – Usaha membawa pulang ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini masih menemui jalan buntu kerana wujud ‘kuasa luar’ yang menjadi penghalang dan gagal membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau kecewa dengan perkembangan tersebut kerana kemungkinan ikrar beliau untuk membawa pulang individu dikehendaki bagi siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, sebelum hujung tahun ini tidak dapat ditunaikan.

Jelas beliau, pihaknya telah memaksimumkan usaha bagi memastikan ahli perniagaan itu dapat ditangkap dan diserahkan kepada PDRM namun ia hanya dapat dilakukan separuh jalan.



“Saya terbang ke Macau dan berbincang dengan individu tertentu serta berkomunikasi dengan kedutaaan, pihak polis negara tersebut dan merayu agar Jho Low dapat dihantar pulang ke Malaysia.

“Dalam keadaan normal, biasanya permintaan sebegini ditunaikan. Kita dengan Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand tetapi dengan negara ini amat susah. (Walaupun) kita dapat tahu Jho Low bergerak bebas di sana.

Kumpulan Pengganas LTTE 2.0 Mahu Tembak Mati Ketua Polis Negara dan Serang Bukit Aman



“Saya tidak pernah kenal lelah dan terus berusaha menggunakan rakan agensi perisik asing, dan mereka membantu. Tapi sekiranya sebuah kuasa lain tidak mahu membantu, memang mustahil saya boleh buat,” katanya dalam program Sinar Live bersama KPN, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Program dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar, di Karangkraf pada Rabu.

Abdul Hamid berkata, perkara itu akan menjadi kekesalan beliau dalam tempoh menjadi KPN.

“Saya cukup kecewa, sebab dalam hal-hal kepolisan, perlu saling mempercayai, saling tolong-menolong tetapi ini tidak berlaku. Saya kecewa apabila bersara nanti tidak dapat mengotakan janji membawa dia (Jho Low) balik,” katanya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker