Rundingan PKR dengan UMNO? Saya Tidak Tahu – Mohamad Hasan

MASJID TANAH: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tidak tahu-menahu wujudnya perbincangan antara parti itu bersama PKR bagi membentuk jalinan kerjasama baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Malah ujarnya, beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertemuan bagi membincangkan isu berkenaan.

“Itu saya tidak tahu, saya tidak ada, jadi saya tidak tahu,” katanya ringkas selepas mengadakan lawatan kerja meninjau persiapan Barisan Nasional Melaka di Villa D’Acqua Homestay di sini, pada Isnin.



Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan wujud perbincangan tidak rasmi bagi menjalinkan kerjasama dengan ‘seterunya’ UMNO.

Menerusi temu bual bersama Mingguan Malaysia terbitan Ahad, Presiden PKR itu berkata, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

Sementara itu pada lawatan kerja tertutup yang berlangsung kira-kira empat jam dan turut dihadiri Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu, Mohamad memaklumkan UMNO Melaka dilihat sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRU15 yang dijangka akan diadakan bila-bila masa.

Beliau berkata, daripada perjumpaan dengan setiap Ketua Bahagian UMNO negeri, pihaknya berpuas hati dengan segala persiapan yang dijalankan dan percaya masih ada ruang untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang ada.



“Selaku Pengerusi Jawatankuasa Perunding dan Persiapan Pilihan Raya (War Room), ini (Melaka) negeri pertama yang saya datang untuk melihat sejauh mana kesiapsiagaan negeri-negeri untuk kita hadapi PRU yang kita tidak tahu bila.

“Alhamdulillah nampaknya bagus, tetapi ada beberapa kawasan (bahagian UMNO) perlu diperbaiki lagi. Selepas ini saya akan ke Negeri Sembilan, Johor dan negeri-negeri lain,” ujarnya.

Terdahulu, perjumpaan secara tertutup itu turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan beberapa Exco Kerajaan Negeri berserta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Tok Mat Bersyukur Umno Pas Bersatu Sebelum ‘Pejam Matanya’



Related Articles

One Comment

  1. pengundi Melayu harus memenangkan lebih ramai adun & ahli parlimen dari UMNO & PAS
    nanti UMNO tahulah nak pilih siapa sebagai sekutu untuk jadi kerajaan
    diharap ppbm dapat menerima kenyataan mereka bukan lagi boss walaupun berada dalam kerajaan

    mana mungkin ppbm boleh jadi ‘king maker’ pilih lagi ph jadi sekutu untuk perintah negara lagi
    pengundi bukan melayu sudah serik tidak mahu insiden Sheraton Move berulang lagi
    jadinya mengundi ppbm dilihat tidak mempunyai apa2 nilai lagi kerana…
    agenda ‘Malaysian Malaysia’ mereka telah dikecaikan muhyiddin & konco2nya seperti azmin ali dll

    anwar boleh meliwat & terus meliwat tapi tak sanggup kena liwat dengan muhyiddin buat kali ke 2
    apa2pun, jangan disangka zahid tak boleh liwat anwar
    pedihnya pasti lebih mendalam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker