Presiden Gerakan mohon maaf guna berita palsu dalam ucapan

PETALING JAYA: Presiden Gerakan, Dominic Lau memohon maaf kerana berkongsi artikel berita palsu mengenai bekas perdana menteri, Najib Razak dalam ucapan dasarnya ketika perhimpunan agung parti itu hari ini.

Artikel itu didakwa mengenai veteran DAP, Lim Kit Siang yang dipetik sebagai berkata: “Saya tidak pernah kata Najib korup”, yang dikatakan Lau membayangkan kerjasama antara Umno-Pakatan Harapan.

Lau kemudian memberitahu pemberita di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, beliau mendapati artikel itu palsu selepas Najib mengulasnya dalam satu catatan Facebook.



“Sebagai ahli politik, kami kadangkala tidak dapat membezakan berita palsu dengan yang sahih. Saya minta maaf atas kesilapan ini,” kata Lau.

Presiden Gerakan main propaganda Umno dan PH bakal bergabung- Najib

Beliau berkata, kesilapannya itu menunjukkan betapa pentingnya undang-undang anti-berita palsu, yang berkuat kuasa Jumaat lalu, memperuntukkan sesiapa yang menghasil, menyiar atau menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19 atau darurat boleh didenda sehingga RM100,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.



Pagi tadi, Najib mempertikai sama ada Lau membuat propaganda menggunakan gambar diubah suai untuk membantu Perikatan Nasional atau “Uncle Kit Siang benar-benar pernah kata bahawa dia tak pernah tuduh saya terlibat dengan rasuah”, soalnya meminta penjelasan Lim.

Najib kemudiannya berkata, beliau dimaklumkan gambar digunakan Lau memaparkan artikel akhbar dengan tajuk berlainan. Laporan sebenar Sin Chew Daily pada Julai 2019 itu menggunakan tajuk “Saya tidak pernah kata Dr Mahathir Mohamad korup”.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker