Wan Fayhsal anggap PM buat umrah, ziarahi Makam Rasulullah meruntun jiwa

Sebaran :


Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menganggap Perdana Menteri bertuah mengerjakan umrah dan menziarahi Makam Rasulullah sepanjang lawatan ke Arab Saudi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkenaan menganggap lawatan rasmi empat hari Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebagai berjaya.

“Alhamdulillah YAB Perdana Menteri telah selamat tiba ke tanah air. Seronok dengar berita-berita baik buat rakyat Malaysia hasil usaha dua hala bersama Saudi dan UAE. The trip was a success!!!

“Tapi paling indah dan meruntun jiwa bila dengar perkongsian Tan Sri sebagai tetamu di rumah Allah dan ziarah kekasih agung, Sayyiduna Rasululllah sallalahu ‘alayhi wassalam. Allah bertuahnya,” kata Fayhsal di Facebook miliknya sebentar tadi.



Fayhsal turut menyifatkan Muhyiddin diberi layanan sebagai tetamu negara buat kedua-dua buah negara terbabit.

Dalam masa sama, katanya, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman akan turut menjalani kuarantin selama tujuh hari seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

“Tiada double standard. Tetap pakai gelang,” kata Fayhsal lagi. MD


Sebaran :

Leave a Reply