Tawaran RM10 juta lompat parti: SPRM Johor buka kertas siasatan
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor membuka kertas siasatan berhubung satu aduan tawaran rasuah RM10 juta untuk lompat parti melibatkan Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail.
Pengarahnya Datuk Azmi Alias berkata beberapa saksi yang terlibat telah dikenal pasti dan rakaman percakapan termasuk Natrah sedang dijalankan.
Sehubungan itu, Azmi menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga siasatan selesai dijalankan.
“Sekiranya mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa bukti atau keterangan baharu, sila hubungi SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Dua hari lepas, Natrah telah membuat satu laporan kepada SPRM mengenai satu kejadian percubaan yang didakwa untuk mendapatkan sokongannya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
— BERNAMA
You must be logged in to post a comment.