Ular sawa melengkar di bahu anak

Gambar Hiasan**

ALOR GAJAH: “Saya terkejut dan cemas selepas melihat seekor ular sawa seberat enam kilogram berada di bahu anak perempuan saya berusia dua tahun yang sedang tidur di katil,” kata Nurul Fatehah Amran, 24, yang menetap di Kampung Gangsa, Durian Tunggal di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu tidak diduga sama sekali berikutan sebelum ini rumahnya tidak pernah dimasuki ular.

Katanya, dia menidurkan anaknya kira-kira jam 7.15 malam dan masuk ke bilik itu semua kira-kira dua jam kemudian untuk menukar baju anaknya yang nyenyak tidur.

“Dalam keadaan takut dan cemas, saya nekad mengangkat anak dan berlari keluar memanggil suami. Ketika itu baru kami mengetahui ada ular di atas katil dan saya bersyukur anak selamat,” katanya ketika dihubungi.

Ular sawa ‘berehat’ atas enjin kereta

Nurul Fatehah kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi menangkap ular terbabit.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.40 malam.

Katanya, sepasukan empat anggota dikejarkan ke lokasi untuk menangkap ular itu dan setiba di tempat kejadian, ular sawa terbabit masih berada di bawah bantal.

“Pasukan kami mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menangkap ular sepanjang satu meter itu sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan kediaman,” katanya.

[VIDEO] “Assalamualaikum…Makan Ya Pak cik.”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker