[VIDEO] Karaoke Nyanyi Lagu Ziana Zain Baik Punya Tarik, Member Sebelah Yang Over ‘Feeling’ Pulak..Ramai Terhibur Perangai ‘Masuk Air’ 3 Dara Pingitan

Sedap juga sis ni menyanyi, tapi kawan sebelah dia tu lawaklah 😀

Keluar bersama rakan-rakan adalah masa yang paling menyeronokkan kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka

Pada masa inilah anda boleh hilangkan stres dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama mereka.



Sudah tentu anda akan merindui zaman ini apabila sudah berkahwin nanti kerana masa ini pelbagai aktiviti ‘gila’ boleh dilakukan bersama rakan.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis telah merakam dirinya sedang karaoke sebuah lagu bersama rakannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/o1nu8pkI/karaoke-nyanyi-lagu-ziana-zain-baik-punya-tarik-member-sebelah-yang-over-feeling-pulak-part-1_hd.mp4[/KGVID]

Tengoh syok nyanyi, member sebelah pula feeling lebih

Menerusi video tersebut, kelihatan pada mulanya gadis berkenaan dilihat merakan dirinya seorang diri dengan menyanyikan lagu ‘Kemelut Di Muara Kasih’ daripada Ziana Zain.



Nyanyiannya itu mencuri tumpuan pengikutnya kerana suaranya yang begitu merdu dan berjaya membawa note tinggi dalam lagu ini.

Namun, tak lama selepas itu dia dilihat bersama seorang rakannya yang terlebih melayan perasaan dalam menjiwai lagu tersebut.

Apa yang lebih melucukan, rakannya itu kelihatan seperti dia yang sedang menyanyikan lagu itu dengan melakukan pelbagai gaya ketika gadis itu sedang menyanyi.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:



[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/qqcg8pFB/karaoke-nyanyi-lagu-ziana-zain-baik-punya-tarik-member-sebelah-yang-over-feeling-pulak-part-2_hd.mp4[/KGVID]

“Aku perlukan kawan yang boleh hiburkan aku macam ni” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut yang terlebih melayan perasaan.

Malah, ramai yang memuji kesedapan suara gadis itu dan berkongsi pengalaman sama mengenai rakan-rakan mereka sama seperti gadis tersebut. Ada juga yang mahukan kawan seperti itu untuk menghiburkan hati.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 37.5K likes, 785 comments dan 1105 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



Image from @snqrz (TikTok)

Image via @snqrz (TikTok)

Image from @snqrz (TikTok)

Image via @snqrz (TikTok)

Image from @snqrz (TikTok)

Image via @snqrz (TikTok) 

 



Image from @snqrz (TikTok)

Image via @snqrz (TikTok)

Image from @snqrz (TikTok)

Image via @snqrz (TikTok)

Image from @snqrz (TikTok)

Image via @snqrz (TikTok) 

 



Siapa sangka, video nyanyian salah seorang daripada mereka tular sehingga meraih ratusan ribu tontonan di media sosial.

Dalam video tular itu, Siti Nur Qhadijah Ruzzaimy, 21, sedang menyanyikan lagu Kemelut Di Muara Kasih dendangan asal Ziana Zain sehingga menerima pujian ramai.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Qhadijah mengakui terkejut apabila menyedari video itu tiba-tiba tular menerusi aplikasi TiKTok.

“Saya terkejut, bangkit Subuh tengok notication masuk. Saya tak sangka video tu akan viral. Sebab sebelum ni TikTok saya sendu je.

“Bila saya kongsi video nyanyi, kebanyakannya bagi komen positif. Yang negatif tu tak ada, cuma mereka kata boleh perbaiki lagi.

“Ada yang kata suara saya boleh pergi jauh. Saya terima semua komen. Yang negatif pun saya pandang positif,” ujarnya.

 

Menurut perunding kecantikan itu, dia juga sudah terbiasa menyanyi di hadapan umum serta pernah menyertai beberapa pertandingan sebelum ini.

“Saya selalu menyanyi dan karaoke. Pernah juga masuk pertandingan karaoke. Masa sekolah pun biasa buat persembahan.

“Selain Ziana Zain, saya juga minat Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri dan Aina Abdul. Boleh dikatakan semua lagu Ziana Zain saya suka

“Bila orang bagi reaksi positif, saya rasa terharu. Tak sangka orang nampak bakat saya. Alhamdulillah.

“Sejak kecil saya suka menyanyi. Dulu masa kecil, pernah ada perasaan nak jadi penyanyi.

Bila besar, anggap macam hobi je “Tapi kalau ada rezeki saya tak tolak,” ujarnya lagi.

Selain memuji mutu nyanyian Qhadijah, ramai netizen turut terhibur melihat rakannya, Nur Azwa Azizudin Syam dalam video itu.

Sewaktu Qhadijah menyanyi, Nur Azwa dilihat berada di sisi sambil menyanyi bersama dengan penuh bersemangat, tanda sokongan kepada rakannya sementara video pula dirakam oleh Siti Najihah Isyak.

Kata Qhadijah, mereka merupakan rakan baik sejak sekian lama dan sememangnya suka membuat perangai ‘masuk air’ setiap kali bersua.

“Itu kawan saya dari sekolah rendah. Kami sama umur. Selain saya, dia dan seorang lagi kawan pun menyanyi juga.

“Perangai kami memang macam tu, masuk air. Itulah perangai sebenar kalau di luar pun,” kata Qhadijah.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila ramai netizen terhibur dan memuji nilai persahabatan yang ditunjukkan dalam video itu.-Seismik/mSTAR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker