Penyatuan Ummah, PAS Komited Bersama UMNO dan Juga Bersatu – Takiyuddin Hassan

PAS komited dengan pendirian bahawa penyatuan ummah adalah perkara paling penting dalam membentuk kerajaan yang kuat dan stabil, kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata penyatuan Islam, Melayu, bumiputera dan seluruh rakyat negara ini amat diperlukan untuk membentuk kerajaan yang kukuh.

“Sudah tentulah dalam konteks Malaysia hari ini, kita tidak boleh lari daripada parti-parti Melayu Islam. Jadi parti-parti itu perlu bersatu untuk sama-sama menjalankan fungsi pentadbiran negara dengan lebih mantap.

Najib komited bersih nama di Mahkamah Rayuan

“Dalam konteks ini juga, kita melihat PAS sendiri selepas lama berada dalam keadaan berpuluh tahun berseteru dengan Umno tetapi demi kepentingan rakyat dan negara, pimpinan parti membuat pendirian tegas iaitu kita perlu bersatu dengan Umno dalam konsep penyatuan ummah,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama bekas pemain bola sepak Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menjelaskan penyatuan ummah bukan eksklusif kepada PAS dan Umno sahaja.

Takiyuddin berkata dalam piagam penyatuan ummah ada dinyatakan parti yang mempunyai cita-cita membangunkan negara khususnya dalam kalangan parti Melayu, Islam dan bumiputera boleh menyertainya walaupun ketika itu hanya PAS dan Umno yang memulakan.

“Bila berlakunya pelbagai perkembangan baru dan adanya parti Melayu lain, maka PAS berpendirian bahawa ia perlu dibuka juga kepada parti lain.

“Buat masa ini, Bersatu juga parti yang sama dengan PAS dan Umno, jadi kenapa kita tidak boleh bersatu?” katanya.

MIC kekal dengan PN jika BN, Umno juga kekal, kata Vigneswaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker