AL-FATIHAH – NENEK SARAH HILDEBRAND KEMBALI KE RAHMATULLAH
Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand telah berkongsi berita duka dimana nenek kesayangannya, Doyah Pin telah menghembuskan nafas terakhir, kelmarin.
“Dengan penuh rasa duka, saya ingin memaklumkan bahawa nenek (digelar atuk) kesayangan saya, Doyah Pin telah meninggal dunia. I love you Atuk, Al-Fatihah,” tulisnya.
Perkongsian sedih itu turut mendapat perhatian peminat serta rakan artis yang rata-rata mengucapkan takziah menerusi ruangan komen.
Manakala menerusi Instagram Story, Sarah memaklumkan segala urusan penghantaran barang kepada pelanggan akan ditangguhkan seketika disebabkan oleh kehilangan insan tersayang itu.
Takziah diucapkan buat Sarah Hildebrand sekeluarga di atas kehilangan nenda tercinta. Al-Fatihah.
Tak puas hati dengan pengacara MeleTOP, Sarah Hildebrand beri kata-kata pedas