PKR kekal tanding di Parlimen, DUN yang dikhianati – Saifuddin
KULIM: PKR mengambil keputusan untuk kekal bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk di kerusi yang dikhianati wakil rakyat yang telah keluar atau dipecat dari parti berkenaan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu telah dibuat melalui kesepakatan selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15 dijalankan membabitkan komponen Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Dalam masa sama, beliau berkata, PKR sangat berpuas hati dengan perkembangan permohonan keanggotaan baharu parti itu yang menunjukkan pertambahan positif saban minggu.
Menurut beliau, antara kawasan Parlimen atau cabang PKR yang menunjukkan peningkatan ketara adalah di Gombak dan Ampang yang sebelum ini dipimpin dua bekas pemimpin tertinggi parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin.
“Minggu lepas saya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Keadilan di ibu pejabat parti, saya telah meminta laporan post mortem khusus daripada beberapa Pgarlimen yang berkenaan dan saya sangat berpuas hati terutama macam Ampang dan Gombak.
“Saya sebut bahawa setiap minggu parti akan meluluskan permohonan keanggotaan, agak menarik permohonan anggota baharu yang paling ramai antaranya dari Ampang dan Gombak, makna bila keluar (parti) macam itu, lebih ramai orang masuk,” tambah beliau.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Ular, di sini pada Isnin.
Penghujung Februari tahun lalu, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR serta Zuraida (Naib Presiden) dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu juga telah menyebabkan beberapa lagi Ahli Parlimen dan ADUN PKR bertindak meninggalkan parti sekali gus menjadi antara punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat pusat dan negeri seperti Kedah, Perak, Melaka dan Johor.-Awani
PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah
You must be logged in to post a comment.