Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin

Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa marah dengan seorang selebriti wanita yang mempersoalkan kepentingan pengambilan vaksin dalam kalangan warga tua.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Michael meminta agar selebriti wanita itu tidak mempertikaikan keputusan orang lain khususnya golongan warga emas yang mengambil suntikan vaksin.

“Emak saya berumur 93 tahun dan adik-beradik kami memaksanya menerima vaksin. Kepada artis yang bertanya mengapa memaksa orang tua ialah kerana kami sayangkan mereka!

“Kita akan buat apa sahaja untuk melindungi orang yang kita sayang. Faham atau tidak artis bijaksana?” soalnya dalam entri tersebut.

Pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga meminta selebriti berkenaan agar tidak terus mempertikaikan kepentingan vaksin walaupun dia menolaknya.

“Jika tak mahu vaksinkan orang tua, itu hak kau. Apa hak kau untuk persoalkan kami yang mahu lindungi insan tersayang? Pakai otak sebelum bercakap!

“Kalau tak mahu vaksin, duduk diam-diam tak payah nak buat kenyataan bodoh,” katanya lagi.

Walaupun tidak menyatakan nama selebriti berkenaan, rata-rata pengikut Instagramnya dapat meneka siapakah yang hendak dimaksudkan oleh Michael.

Meninjau ruangan komen hantaran tersebut, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat turut berpendapat menyuntik vaksin kepada golongan tua bukan semata-mata hendak melancong ke luar negara sahaja.

“Vaksin orang tua bukan untuk bawa mereka pergi luar negara.

“Aduh, Tol Damansara pun belum tentu lagi. Fikir jauh sikit, simpan lembab dalam tin biskut,” tulis Ayda.

Semalam, aktres Rita Rudaini mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan mengapa masih ada yang memaksa warga emas untuk mengambil vaksin.

Kenyataan pelakon drama Geng Mak Mak itu seterusnya mendapat kecaman netizen yang berpendapat golongan selebriti sepertinya tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu. MG

Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker