Tun dan UMNO

Oleh : Cikgu Kamarul Azman Habibur Rahman

Pengasas PPBM

1. Seorang yang bijak pasti mampu memanfaatkan musuh-musuhnya, daripada seorang bodoh yang dijahanamkan oleh rakan-rakannya. Dalam meniti hari-hari menuju kepada terbitnya fajar pilihanraya umum ke 15, UMNO perlu mempunyai pandangan yang jelas dan terang tentang siapa rakan dan siapa lawan. Ini bukanlah masa untuk UMNO menambahkan musuh tetapi sebaliknya. Mantan Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln pernah berkata “Bukankah aku membinasakan musuh-musuh ku dengan menerima mereka sebagai rakan?”

2. Saya cuba menyelami perasaan para pemimpin serta ahli-ahli UMNO apabila Tun Mahathir mula menunjukkan tanda-tanda untuk pulang ke pangkuan UMNO. Ternyata ada perasaan yang masih dan akan terus terusik tentang apa yang telah berlaku. Ramai juga yang seperti telah menutup hati terhadap Tun. Namun untuk menang dalam permainan politik, UMNO tidak mampu untuk menutup pintu terhadap mana mana tokoh yang ingin bersama mereka.

3. Marah, bingung, dendam dan benci atau carilah satu perkataan yang sesuai untuk dititipkan tentang apa yang sudah berlaku. Namun kini masanya untuk membalut luka, membasuh pengalaman pahit semalam. Apa saja boleh berlaku dan UMNO perlu kuat dalam usaha merempuh badai yang ada di hadapan, bukannya apa yang telah ditempuhi di belakang.

4. Seperti mana UMNO memerlukan Tun M sebagai rakan, begitu jugalah Tun terhadap UMNO. Tun perlu menutup tirai sejarah politiknya pada langkah yang betul dan kukuh. Sebagai seorang yang luas pengalaman di bidang politik, adakah Tun sanggup berada dalam gelanggang yang salah di pengakhiran permainan ini? Tun pasti mahu berada di pihak yang menang. Begitu juga UMNO. Untuk kedua-duanyanya menang, amaka kedua-dua pihak perlu bersama. Sukar? Amat sukar tapi….

5. Seseorang pernah berkata bahawa “Kunci nya bukan terletak kepada semangat untuk menang kerana semua orang hendak menang. Apa yang lebih penting ialah semangat untuk mencari jalan kemenangan itu.”

Sumber : suaramerdeka.com.my

 

Dr. Mahathir yang racik-racik Melayu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker