[VIDEO] Climate Action In Your Area! BLACKPINK Dilantik Duta Isu Perubahan Iklim PBB
KUMPULAN K-pop terkemuka Blackpink dilantik sebagai duta untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu perubahan iklim dalam kempen global yang digerakkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Keempat-empat ahli kumpulan itu menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri Britain Boris Johnson yang menjemput mereka sebagai duta di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB (COP) Ke-26.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=E1yePjSH87U[/embedyt]
“Video terbaharu Blackpink ‘Climate Action In Your Area #COP26’ adalah satu kejayaan dan meraih lebih 10 juta tontonan di segala platform media sosial,” kata Boris dalam surat tersebut.
CALLING ALL BLINKS: CLIMATE ACTION IN YOUR AREA! #COP26
WATCH our interview with @BBCLBicker on the need for #ClimateAction
@COP26 @UKinKorea #BBC #TogetherForOurPlanet pic.twitter.com/FF86dkRJy3— BLACKPINKOFFICIAL (@BLACKPINK) February 26, 2021
Blackpink bersetuju bahawa isu tersebut amat kritikal dan menyeru agar para peminat turut menyertai inisiatif itu.
“Langkah pertama adalah untuk mendidik diri kami sendiri berhubung perubahan iklim. Kami perlu tahu apa yang sedang berlaku kerana kami semua terkesan.
“Kami ingin mempelajari lebih banyak, dan kami berharap peminat kami juga akan mengambil langkah sama,” kata Blackpink di rumah kedutaan Britain di Seoul.
Pada Disember lalu, Blackpink tampil dengan video mempromosikan COP Ke-26 yang dijadual berlangsung di Glasgow, Scotland pada November ini.
You must be logged in to post a comment.