2,364 kes baru, 10 lagi korban Covid-19

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 2,364 kes Covid-19 baru dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi, dengan 10 lagi kematian dilaporkan.

Selangor kekal sebagai penyumbang kes terbesar dengan 862 kes, diikuti Johor (314), Perak (305), dan seterusnya Sarawak (255).

Unit Rawatan Rapi (ICU) kini menempatkan 1,121 pesakit dengan 99 daripadanya memerlukan bantuan pernagasan.

Hanya satu kes baru yang dilaporkan merupakan kes import, selebihnya jangkitan dalam negara.

Seramai 3,320 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

Kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (862)

Johor (314)

Perak (305)

Sarawak (255)

Sabah (157)

Penang (155)

Kuala Lumpur (117)

Negeri Sembilan (74)

Kelantan (68)

Kedah (17)

Malacca (17)

Terengganu (11)

Pahang (8)

Putrajaya (4)

Labuan (0)

Perlis (0)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker