Dato Ahmad Zahid Serupa Jason King – komen pengunjung FB



Sebaran :

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat pagi, saya mendoakan semoga semua sahabat saya sentiasa berada di dalam keadaan sihat hendaknya.

Baru-baru ini saya berpeluang membelek album-album lama di rumah.

Suka saya berkongsi sekeping gambar ini dengan rakan-rakan Facebook semua.



Bukan kerana mahu tayangkan pemuda berkumis tebal yang imej mudanya berbeza dengan wajah sekarang.

Sekadar mahu berkongsi gambar yang amat menyentuh hati saya ini dengan saudara saudari semua.

Ini adalah gambar lama saya sedang memeluk anak sulung Nurulhidayah.



Saya masih ingat detik ketika memori ini dirakam. Nurulhidayah ketika itu baru berusia 2 tahun.

Saya pula berusia 27 tahun dan bekerja sebagai Penolong Pengurus di Bank Simpanan Nasional.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah betapa indahnya saat itu melayan keletah anak-anak semasa kecil.



Dapat berada di samping mereka dan melihat seorang demi seorang membesar.

Saya percaya itu juga antara kebahagian yang paling utama bagi setiap ibu bapa.

Detik-detik seperti ini yang selalu menjelma dalam ingatan kita selepas anak-anak dewasa.



Dan kemudian kita akan dapati bahawa masa berputar dan bergerak terlalu pantas.

Andai dapat diundurkan putaran dunia, pasti kita mahu kembali ke saat-saat indah itu.

Kembali ke memori silam yang penuh dengan keseronokan yang menakjubkan kurniaan Allah S.W.T.



Namun apakan daya. Bukan begitu realiti kehidupan ini. Masa tidak sesekali menunggu kita.

Hakikat kehidupan perlu terus mara dan mara. Menempuhi pelbagai suka duka hidup ini adalah azali.

Dengan penuh sabar dan tawaduk. Sekuat manapun rintangan dan halangan, jika Allah swt telah menetapkannya, dengan memanjatkan doa, pasti Allah memakbulkannya.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” – (Surah al-Asr 103:1-3).


Sebaran :


Leave a Reply