Vaksin bukan ubat! Tapi tingkatkan imunisasi, kurangkan risiko jangkitan COVID-19 — MYKMU.NET

Vaksin bukan ubat! Tapi tingkatkan imunisasi, kurangkan risiko jangkitan COVID-19



Sebaran :

Vaksin bukan ubat! Namun ia adalah perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.

Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berkata, vaksin yang diluluskan itu telah melepasi beberapa peringkat keselamatan dengan mematuhi piawaian antarabangsa.

“Dari segi perspektif pengurangan risiko, ia (vaksin) adalah kaedah untuk meningkatkan imunisasi badan serta mengurangkan risiko jangkitan,” katanya ketika ditembual Astro AWANI di sini, pada Rabu.



Pun begitu, Shamsul Bahari menjelaskan, suntikan vaksin bukanlah satu kekebalan daripada risiko kematian, namun kematian yang dikaitkan secara langsung dengan COVID-19 dapat dikurangkan.

Pada masa yang sama, selain petugas barisan hadapan, beliau mengesyorkan kerajaan untuk mempertimbangkan bagi memasukkan golongan pendidik, penjaga pusat kanak-kanak dan rumah orang tua dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ini kerana katanya, mereka berurusan terus dengan golongan berisiko secara langsung.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Perkeso, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, suntikan vaksin bukanlah penyelesaian secara keseluruhan kepada ekonomi negara.



Sebaliknya, kata beliau ia hanyalah pelengkap atau penyumbang kepada proses pemulihan ekonomi.

“Ia akan memberi keyakinan kepada pelabur yang secara tidak langsung akan menarik mereka ke Malaysia,” tambahnya lagi.

Ditanya sama data vaksinasi yang rendah akan turut mempengaruhi perjalanan ekonomi antarabangsa, beliau menjelaskan, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kerana mempengaruhi sentimen perniagaan.




Sebaran :


Leave a Reply