Penjual air tebu didakwa 64 tuduhan sumbang mahram, rogol

 

KLANG: Seorang peniaga air tebu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang dengan 64 pertuduhan melibatkan sumbang mahram dengan anak sendiri dan merogol rakan anaknya, yang masing-masing kini berusia 14 tahun.

Tertuduh yang berusia 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mengambil masa dua jam untuk membacakan semua pertuduhan berkenaan, di hadapan Hakim M Kunasundary.

Bagi 55 pertuduhan membabitkan sumbang mahram, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan melakukan persetubuhan dengan anaknya kandungnya berikutan perhubungan dengannya adalah tidak dibenarkan bawah undang-undang yang terpakai terhadap tertuduh untuk berkahwin dengannya.

Oleh itu tertuduh melakukan kesalahan bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat di Klang antara April 2019 hingga Januari 2021.

Tukang cat berdepan penjara 30 tahun, mengaku salah, sumbang mahram dengan adik kandung

Bagi sembilan pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa merogol rakan anaknya pada tarikh antara Ogos 2020 hingga Jan 2021 di lokasi yang sama.

Bagi sembilan pertuduhan berkenaan beliau didakwa bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili Khairul Naim Rafidi.

Terdahulu, Nurul Qistini memohon agar mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh, memandangkan tuduhan yang dikenakan adalah serius kerana melibatkan anak perempuan tertuduh dan rakannya yang masih bawah umur.

Hakim Kunasundary kemudian memerintahkan agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 24 Mac sebagai tarikh sebutan.

Semalam Ketua Polis Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, dalam kenyataannya berkata, seorang lelaki ditahan pada 10 Feb lepas kerana merogol anak perempuan dan rakan kepada anak perempuannya pada bulan lepas.

Menurut Shamsul, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh anak perempuannya, tertuduh melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sejak dia berusia 10 tahun.

 

COVID-19: Negara Luar Puji Malaysia, Pemimpin PH ‘Bersuara Sumbang’ Asyik Kutuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker