NEW DELHI, 23 Feb — Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan India (DRDO) berjaya melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat (VL-SRSAM), kata pegawai pada Selasa.
Menurut Agensi Berita Xinhua, pelancaran itu dibuat pada Isnin dari pelancar menegak statik dari kawasan ujian bersepadu (ITR) pantai Chandipur di daerah Balasore, kira-kira 208 km timur laut Bhubaneswar, ibu kota Odisha.
Menurut kementerian pertahanan, peluru berpandu itu direka dan dibangunkan oleh DRDO untuk tentera laut India.
Pegawai menyatakan pelancaran itu dipantau oleh saintis kanan dari pelbagai makmal DRDO yang terlibat dalam reka bentuk dan pembangunan sistem.
Menurut kementerian ujian itu membuktikan keberkesanan sistem senjata dan beberapa ujian lagi akan dibuat dalam masa terdekat sebelum ditempatkan di kapal tentera laut India.
PADA Sabtu lalu, akhbar Financial Times melaporkan bahawa China melakukan satu ujian peluru berpandu hipersonik dari angkasa lepas dekat dengan bumi pada Ogos lalu. Ia juga melaporkan bahawa peluru berpandu tersebut mampu membawa peledak nuklear sekali gus mencetuskan tanggapan bahawa Beijing telah menang ke atas Amerika Syarikat (AS) dari segi…
KEKUATAN tentera China menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini selepas tersebarnya berita kontroversi bahawa negara komunis itu melakukan dua ujian peluru berpandu hipersonik yang boleh membawa peledak nuklear dan mengelilingi bumi baru-baru ini. Bagaimanapun, berita itu kemudian segera dinafikan oleh kerajaan China dengan menyatakan ia hanya melakukan ujian sebuah pesawat angkasa lepas…
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur Istanbul: Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA). JCS kini sedang menganalisis butiran seperti jenis peluru berpandu, trajektori dan jarak penerbangan,…