Lelaki H4ntar Gamb4r ‘Siput Sedut’, Fatin Afeefa Buat Laporan Polis

Meskipun sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata, namun pelakon Fatin Afeefa tetap tampil cantik seperti anak dara. Malah, foto-foto yang dimuat naiknya sering menjadi perhatian ramai yang menggumi kecantikannya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Fatin dilihat ada memuat naik foto OOTD hitam putih sambil memakai topeng muka. Meskipun, wajahnya tidak jelas kelihatan namun tetap ada yang meninggalkan komen berunsur ‘lucah’.

Menerusi ruangan komen, Fatin memaklumkan dia akan mengambil tindakan terhadap seorang netizen yang menghantar gambar ‘siput sedut’ menerusi DM.

Menurut Fatin, lelaki berkenaan telah melakukan serangan seksual terhadapnya dengan menghantar gambar tidak senonoh kepadanya.

Dalam pada itu, komen Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju dengan teguran lantang dilakukan serta berharap tiada lagi lelaki miang menghantar gambar bukan-bukan kepada pelakon itu.

Adam Shahz Tak Mengaku Bawa Anak Tidur Sebilik Dengan Teman Wanita – “Saya Bukan La Baik Sangat, Tapi Tak Sampai Nak Buat Tak Senonoh”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker