[VIDEO] Gaya Macam Chef…Umur Dua Tahun, Sudah Tidak Kekok Di Dapur..”Dari Pisau Plastik Ke Meja Dapur”

Baru berusia dua tahun tujuh bulan namun Syazwi Nufail Syazwan sudah ada minat memasak malah ringan tulang membantu ibunya, Nurul Nazireen Khazali di dapur.

Bukan setakat itu, Syazwi juga tidak kekok menggunakan peralatan seperti pisau untuk memotong bahan masakan dengan pengawasan oleh ibunya.

Kata orang-orang tua dan bijak pandai dahulu kala, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”

Maksudnya mengajar anak-anak biarlah dari kecil, jangan ditunggu sampai sudah besar pula. Begitulah hebatnya orang-orang tua dahulu dalam berbahasa.

Sama seperti posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Nurul Nazireen Khazali yang berkongsi tips bagaimana dia memupuk minat anaknya untuk memasak dari kecil.

Menerusi perkongsian itu, dia memberitahu mendidik anaknya Syazwi atau lebih mesra disapa Chef Wi itu memasak pada usianya yang baru 2 tahun 6 bulan.

Malah anak kecil itu juga dilihat turut membantu ibunya dalam penyediaan bahan seperti memotong sayur, mengisar bahan dan tidak kekok menggunakan mixer, blender, pisau dan peralatan dapur yang lain.

Nurul Nazireen, 29, yang menetap di Kampung Panchor, Seremban, Negeri Sembilan berkata, dia menyedari minat Syazwi ketika anak tunggalnya itu berusia dua tahun.

VIDEO DIBAWAH:-

Berikutan itu, Nurul Nazireen membelikan peralatan asas dan kerusi khas untuk kegunaan Syazwi ketika membantunya memasak di dapur.

“Mulanya, Syazwi hanya gemar melihat saya memasak namun kini, dia turut sama menyediakan bahan memasak.

“Lazimnya, saya akan mula memasak makanan tengah hari bermula jam 11.30 pagi dan sudah menjadi rutinnya untuk menemani saya setiap hari di dapur.

“Malah, dia juga yang menjadi pembantu saya ketika di dapur kerana akan menolong memotong bahan seperti cili dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nurul Nazireen berkata, anak tunggalnya itu seorang yang cepat belajar hingga sudah mengenali dan mengingati beberapa nama bahan asas masakan.

Sebagai ibu, Nurul Nazireen kagum cuma tidak mengambil mudah sebaliknya sentiasa mengawasi Syazwi bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

“Syazwi seorang yang mendengar kata dan tidak akan masuk ke dapur sendiri tanpa saya.

“Saya pula menggunakan periuk aruhan (induction cooker) di dapur jadi tidak perlu risau kerana ia hanya akan berfungsi jika suis dihidupkan.

“Selalunya saya beri dia tugas memotong saja tetapi ada kalanya turut beri dia peluang menggaul masakan di dalam kuali,” katanya.

Menurutnya, suaminya, Syazwan Abdullah, 31, mulanya risau melihat kecenderungan Syazwi.

“Keluarga saya juga khuatir cuma cuba yakinkan mereka yang semuanya dalam keadaan terkawal.

“Lagipun, saya tidak memaksa Syazwi sebaliknya dia sendiri yang minat membantu saya memasak di dapur.

“Saya ada berkongsi kisah itu di Facebook (Fb) dan ramai memberi komen positif cuma ada juga mengecam tetapi saya terima kerana faham mereka risau jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Syazwi,” katanya.

Menurutnya, terlalu awal untuk dia menentukan hala tuju Syazwi tetapi akan beri galakan sekiranya anaknya itu mahu serius dalam bidang kulinari apabila dewasa kelak.

Lumrah anak-anak ialah meneroka dan mencuba benda baru. Kita sebagai ibu bapa perlu yakin dan percaya pada anak namun pada masa yang sama juga perlu meletakkan had pada mereka.

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa yang ingin memupuk minat anak-anak dari kecil untuk belajar memasak.

Sumber: Facebook 

“Masak Megi jela halahhh” – Tunjuk Skill Memasak Tapi NETIZEN Perasan Perkara Lain [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker